Saturday 9 July 2011

Jemputan ke rumah Allah S.W.T



Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu,

Semalam masa petang,ada sorang kawan lama ni ajak main bola.First2 aku malas nak main,pastu ayah aku nasihat aku,"Sukan untuk semua,tiada alasan tidak cergas".Lepas 2-3 minit baru la aku ada 'mood' nak main bola.Aku ingatkan main bola ngan budak-budak kecik,maklumlah kawan lama aku tu 10 tahun,aku datang-datang je padang,budak-budak kecik lawan ngan budak-budak form 2 Pandan Jaya.Aku datang tengok je tapi aku tengok team budak kecik tengah kalah 2-0.

 Aku pun kesian arh,jadi aku join sekali main bola,yang syok nya,Rash,budak India sekolah menengah baru sampai terus nak main ngan sorang abang Cina join team budak kecik,dah macam team satu Malaysia.Alhamdullilah,team kitorang menang 5-3 tapi budak-budak Pandan Jaya tu kalah sebab kitorang ramai sangat.Budak-budak kecik kawasan rumah aku tiba-tiba join.Lepas aku balik,aku baru sedar supaya 'don't judge a book by its cover'.Insyaallah,aku doa Allah buat perasaan sombong dan malas dari hamba ini.

 Sebelum magrib,aku cepat-cepat bersihkan diri sebab aku dapat jemputan ke rumah Allah S.W.T.Aku agak berdebar nak pergi sana.Lama aku tak dapat jemputan.Alhamdullillah,satu keluarga aku dapat jemputan ke rumah Allah S.W.T.Masa aku masuk rumah Allah S.W.T,aku sentiasa rasa rindu,syadu,sedih dan gembira.Dah lama aku tak masuk rumah Allah S.W.T.Mungkin Allah S.W.T tidak mengizinkan ku untuk menghadiri rumah-Nya,waallahualam.Mari bersama-sama kuatkan iman kita kepada Allah S.W.T untuk menerima hidayah daripada yang Maha Esa.Ingat lah bahawa Allah S.W.T sentiasa menyayangi kita jika kita menyayangi -Nya,Insyaallah.

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatu.

2 comments:

  1. You've changed Ammar. Sorry for the problem...I'm really sorry..

    -Mus-

    ReplyDelete
  2. Just remember Allah. He's all that you need Mus :)

    ReplyDelete